Sunday 10 June 2012

Renungan di Bulan Rejab....

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH..... Dah lama sgt x jenguk blog kesayanganku ni....sampaikan p/w pn blh t'lupa....yuhuuu.....(byk sgt yg nk kne login ek....) Sedar x sedar dh tggl 1 bln lbh je lg kita nk sambut bln Ramadhan....sempena hari baik bln baik ni, sama2 kita kongsi 1 Doa utk amalan kita bersama..... Sama2 kongsi....> Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang. Doa itu adalah : ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan ..Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya... 1- ASSALAM : SEJAHTERA. Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. Waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak. Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah =)

Sunday 18 March 2012

19 Mac...

Salam....slamat pagi....smoga setiap apa yg dilakukan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA....& dipermudahkan segala urusan kita...amin.... dh lama rasanya x membelek blog neh....hmmm....hari ni 19 Mac 12....genaplah 3 thn ku bergelar penjawat awam....teringat lg 3 thn lps,hari ni g lapor diri kt putrajaya....ma & abah g antar....mane la tau....kot2 kena posting kt luar ke kn...dh bwk la serba ckit pakaian....ms tu ramai jgk la yg asal dr klate...1st day g lapor diri kt JPA...2nd day kt KPM n lps tu blh blik KB....ari Ahad 22.03.09 g lapor diri kt JPN KB plk...2 ari jgk duk mkn angin kt jpn...n dpt memo posting ke SK S.I.D pd 24.03.09....(gitu la lbh krg citer ms g lapor diri...) 19 Mac jgk 1st date dgn my Hubby....19.03.07...konon2 malu2 meow lg la....hehe....kn kami diperkenalkan oleh our fren....(Cik Yah)...kebetulan ms tu ummi br lps putus kaseh....abah pn sme....so kira jd la ek.....Alhamdulillah....mybe dh tersurat jodoh kami ...kekal smpai skrg...& now kami dh ada sorg putera pengikat kaseh kami...smoga hubungan yg dibina ini sentiasa dilimpahi rahmatMU....& berkekalan hingga ke akhir usia....Amin.... Now putera sulung kami dh 1y6m5d....Ummi & Abah syg adik sokmo....

Perkara penting sebelum anda bercadang untuk hamil

Makan asid folik Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina. Jangan merokok dan meminum alkohol Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki. Kurangkan minuman berkafin Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung. Pastikan berat badan optimal! Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda. Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Wednesday 8 February 2012

Buat renungan bersama.... ~Harta berharga bagi seorang ISTERI....~

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia meyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang. Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal. Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya. Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan. Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya. Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah. Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah. Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya. Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka… InsyaAllah....