Sunday 18 March 2012

19 Mac...

Salam....slamat pagi....smoga setiap apa yg dilakukan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA....& dipermudahkan segala urusan kita...amin.... dh lama rasanya x membelek blog neh....hmmm....hari ni 19 Mac 12....genaplah 3 thn ku bergelar penjawat awam....teringat lg 3 thn lps,hari ni g lapor diri kt putrajaya....ma & abah g antar....mane la tau....kot2 kena posting kt luar ke kn...dh bwk la serba ckit pakaian....ms tu ramai jgk la yg asal dr klate...1st day g lapor diri kt JPA...2nd day kt KPM n lps tu blh blik KB....ari Ahad 22.03.09 g lapor diri kt JPN KB plk...2 ari jgk duk mkn angin kt jpn...n dpt memo posting ke SK S.I.D pd 24.03.09....(gitu la lbh krg citer ms g lapor diri...) 19 Mac jgk 1st date dgn my Hubby....19.03.07...konon2 malu2 meow lg la....hehe....kn kami diperkenalkan oleh our fren....(Cik Yah)...kebetulan ms tu ummi br lps putus kaseh....abah pn sme....so kira jd la ek.....Alhamdulillah....mybe dh tersurat jodoh kami ...kekal smpai skrg...& now kami dh ada sorg putera pengikat kaseh kami...smoga hubungan yg dibina ini sentiasa dilimpahi rahmatMU....& berkekalan hingga ke akhir usia....Amin.... Now putera sulung kami dh 1y6m5d....Ummi & Abah syg adik sokmo....

Perkara penting sebelum anda bercadang untuk hamil

Makan asid folik Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina. Jangan merokok dan meminum alkohol Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki. Kurangkan minuman berkafin Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung. Pastikan berat badan optimal! Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda. Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.